Catatan

Part I: Bermulanya cerita...

Hai semua, salam kenal dari saya Miley. Saya berasal dari Negeri di bawah bayu iaitu negeri Sabah. Disini saya mahu menceritakan pengalaman saya sendiri dalam memohon pekerjaan dalam SPA9 ( Suruhanjaya Perkhidmatan Awam). Secara jujurnya, saya sendiri tidak pernah terfikir langsung yang saya akan lulus dalam temuduga kerana ini merupakan kali pertama saya lulus dalam temuduga sejak tahun 2019 saya mencuba untuk lulus peperiksaan secara online.  Pada mulanya, saya mendapat notifikasi melalui emel pada 03/08/2023 bahawa saya dijemput untuk menduduki peperiksaan/ujian psikometrik secara online bagi jawatan Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19. Alangkah gembiranya saya apabila saya mendapat keputusan ujian tersebut pada 09/08/2023 yang saya telah berjaya. 😭😭😭 To be continue.. Part II: Memori sepanjang temuduga SPA9